My Photo
gptdhq
Kempen 1 Bulan 1 Adab ini dikendalikan oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) bagi mempromosi dan mempertingkatkan adab di kalangan masyarakat dunia khususnya masyarakat Malaysia. GPTD percaya pemblog mempunyai kuasa pengaruh yang hebat dalam menyebarkan sebarang fahaman. Maka, marilah kita menyebarkan semangat untuk memperelok gaya hidup kita ke arah yang lebih baik dan mengajak orang ramai untuk bersama mengamalkannya.
View my complete profile

Kempen Bulan Ini : PLEASE FLUSH AFTER USE

Poster terkini bulan JANUARI 2010 sudah dilancarkan. Teruskan berkempen.

Monday, January 11, 2010

Please Flush After Use




Please copy the code below and paste in your blog entry:

<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2010/01/please-flush-after-use.html"><img src="http://2.bp.blogspot.com/_zsfgtPUbV3s/S0rJqB9hAqI/AAAAAAAAA5Q/ALp6aNjyyZU/s1600/Flush%2Bplease.jpg"></a></center>


Poster 1:
Please Flush After Use/ Sila tarik flush selepas digunakan


Situasi:
Ramai yang tidak dapat menggunakan tandas awam apabila keadaan tandas sangat tak memuaskan. Bukan sahaja kebersihan tandas tak dijaga, terdapat juga pengguna yang tidak menarik flush tandas apabila najis dilepaskan. Ia seolah-olah menjadi tabiat buruk yang sangat membebankan orang lain.

Maksudnya:
“Takutlah tiga perkara yang menyebabkan pelakunya dilaknat iaitu membuang najis di jalan yang menuju sungai, di jalan raya dan di bawah pohon tempat perhentian”.

(Riwayat Abu Daud & Ibn Majah)

Berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa tempat-tempat yang dimaksudkan adalah tempat yang biasanya digunakan oleh orang ramai. Tandas awam khususnya seperti di masjid-masjid dan pasaraya juga digunakan oleh orang ramai.

Mengambil semangat daripada hadis ini iaitu untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lain, marilah sama-sama kita berusaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna seterusnya selepas kita dengan menarik flush agar tiada sisa yang menjijikkan terbiar.


Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap pengguna jalanraya khususnya yang suka membuang sampah dari kenderaan mereka mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

Thursday, December 10, 2009

Stop Car Litter




Please copy the code below and paste in your blog entry:

<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2009/12/stop-car-litter.html"><img src="http://3.bp.blogspot.com/_zsfgtPUbV3s/SxsWcBm5bCI/AAAAAAAAA2Y/pOI_lxdaxdM/s1600/Car%2Blitter.jpg"></a></center>


Poster 1:
Stop Car Litter / Hentikan Membuang Sampah dari Kenderaan

Situasi:
Sudah menjadi kebiasaan sesetengah rakyat Malaysia membuang sampah dari kenderaan yang dinaikinya. Sesudah menikmati makanan yang enak dan lazat, terus diturunkan cermin, lalu dibuangkan bungkusan ke luar kenderaan. Anggapan mudahnya ialah pasti ada tukang sapu yang akan memungutnya sedangkan tanggungjawab kita adalah menjaga kebersihan walau di mana pun berada. Adalah disarankan untuk menyimpan sampah terlebih dahulu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap pengguna jalanraya khususnya yang suka membuang sampah dari kenderaan mereka mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]


Senarai Pemblog yang sudah menulis:




















PemblogBlog
KamyapTak Tahu, Nak Tahu, Memberitahu
Master JA little reminder
IwanKenza4u
Nurulwidad Che AwangTatih Tari Hidupky

Sunday, December 6, 2009

Car litter



Adakah membuang sampah di jalanan menjadi tabiat anda?
Ubahlah sikap itu sebelum ia menjadi sebati dalam diri.