TERKINI

Poster Kempen 19 (JULAI): NAK BERGAYA BOLEH TAPI JANGAN BERLEBIHAN
0

Have you ever wish to say TQ

Read more
0

Pelancaran Kempen 1 Bulan 1 Adab



Ada benarnya sindiran Bujang Lapok bertiga ini ya! Nama saja Melayu tapi tak beradab, begitulah sindiran pengawal keselamatan itu.

Apa maksudnya? Melayu amat sinonim dengan adab kesopanan dalam hidupnya. Bahkan kepemimpinan Melayu terdahulu menerapkan budaya itu hingga menjadikan ia satu amalan lazim masyarakat Malaysia.

Hinggalah Malaysia terkenal dengan adab kesopanannya sebagai satu budaya ketimuran yang amat dicemburui pelancong asing.

Hakikat hari ini bagaimana? Anda yang tentukan. Orang tua yang menegur adakala diherdik pula oleh yang ditegur. Pelajar yang salah sebab tak siap kerja sekolah, guru takut memarahinya kerana bimbang diterajang. Dan banyak lagi berita menyedihkan kita.

Jadi, apa tindakan kita? Marilah sama-sama kita usahakan untuk selamatkan masa depan kita. Mulakan daripada yang kecil sebelum kita cuba ubah yang besar.

Nantikan poster-poster yang akan kami sediakan untuk anda beserta adab-adab yang perlu kita promosikan. Mari kita cipta gelombang perubahan hidup ke arah yang lebih baik!

PELANCARAN POSTER PERTAMA: 11 NOV 2009
Read more
13

Poster 1: Ucapkanlah Terima Kasih





Please copy the code below and paste in your blog entry:

<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2009/11/ucapkanlah-terima-kasih.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgukAJk5UpOlAOiHt03yoXXysPYB6fUDsnh86QWc4BGWYvjpkVBA-myurFGCe1w7w485yCiXgVa9EY6SmJSLXoRMnWiZq4plM-z1T6di-66r2fTGqbrwELPtVh7ZpHw83EV7SlW9_SbFWk/s1600/Ucapkanlah+terima+kasih+copy.jpg"></a></center>


Poster 1:
Ucapkanlah Terima Kasih




Situasi:
Ramai yang mengambil mudah tentang kepentingan mengucapkan terima kasih. Ada yang merasakan hanya perlu berterima kasih dalam acara rasmi. Ada pula merasakan perkara yang menjadi kelaziman tak perlu kepada ucapan terima kasih.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai terima kasih mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

Senarai Pemblog yang sudah menulis:





































































































PemblogBlog
SahalfikriA thing to ponder
Mama CuteMe-Inside Out
RinMy Arena
IzwanismeGPTD UNISEL
Ain AweMata Bisikan Rahsia
KimiAku...
Dyll~aLkiSah a.K.u & sEsuAtu
Atehmydariz
Bintang TimurBila Pena Menari
AzlanPesona Cinta
Hafiz@GPTD UniselKeluh Resah
Ila NursalidaSweet Sweeties Beloved...
AzymechanicalMuhD NoR AzyM
Huda[expect]the un[expected]
Master JA Little Reminder
Nurulwidad Che Awangtatih tari hidupku
AzymechanicalMuhD NoR AzyM
iShLiBeTiShPursuit of Happiness
EpahExpect the unexpected
alimzaimimraLaman Kehidupanku
ZueStoicism
NadminFanadunia
Read more
4

Ucapan Presiden GPTD


GPTD dengan berbesar hati ingin mengajak para pemblog untuk sertai Kempen 1 Bulan 1 Adab. Kempen ini mengajak semua untuk menulis SATU entri yang berkaitan dengan SATU adab yang dipromosikan GPTD pada setiap SATU bulan.


Kenapa kempen ini diperkenalkan?

Kempen ini bertujuan menghidupkan kembali nilai-nilai adab kesopanan yang semakin hilang dalam jati diri masyarakat kita.

Tamadun Islam pernah dijulang apabila para pemimpin dan ulama mempamerkan adab yang tinggi dalam setiap gerak kerjanya. Jadi, mengapa tidak kita berusaha untuk kembalikannya?

Pernah tak kalian baca kajian rawak Reader's Digest pada 2006? Masyarakat Kuala Lumpur didapati mempunyai nilai adab sopan yang sangat rendah.

Tak usahlah kita mempersoalkan kajian rawak itu. Hakikatnya ramai mengakui kelunturan adab semakin teruk. GPTD yang bertapak di Malaysia buat permulaan ingin menumpukan kepada rakyat Malaysia untuk mengembalikan nilai warisan yang tersemadi dalam jiwa umat terdahulu.

Pemblog mempunyai kuasa pengaruh yang tinggi dalam alam serba canggih kini. Golongan muda adalah pengguna internet teramai. Semangat ini pasti dapat disebarkan dengan baik jika kita sama-sama bekerjasama menjayakan kempen ini kerana masa depan kita terletak pada golongan muda hari ini.

Golongan muda tak seharusnya dipersalahkan seratus peratus. Ada di kalangan golongan terdahulu juga menjadi penyebab kepada teruknya didikan mereka kepada anak-anak. Maka, kita sebagai golongan yang sedar harus mengambil iktibar dan bertindak sekarang sebelum terlambat.


Contohi semangat Nabeel

Nabeel adalah maskot GPTD yang diilhamkan dari pengajaran surah an-Naml untuk mencontohi sifat-sifat yang ada pada lebah.

Ada 4 sifat utama yang harus dicontohi. Namun untuk tujuan kempen kali ini, cukuplah GPTD menerangkan SATU sifatnya yang berkaitan.

Tidak merosakkan. Nabeel tidak pernah melakukan kerosakan pada pohon yang dihinggap. Bunga dijejak tanpa dirosakkan walau secebis daripada kelopaknya.

Begitulah Nabeel menjaga adabnya kepada yang memberi. Bunga membekalkan kepadanya manisan untuk diambil dan disimpan menjadi madu. Tidak dirosakkannya bunga itu, kerana dia tahu faedah menerima apabila kita memberi.

Nabeel berikan layanan terbaik tanpa merosakkan apapun. Dia tahu kalau dirosakkannya, suatu hari nanti dia sendiri yang rugi. Dia cintakan alam ini.

Begitulah semangat yang harus kita tanamkan dalam diri kita khususnya generasi muda. Dalam bertindak, kita harus selalu waspada. Jangan sampai terguris hati manusia lainnya.

Bukankah lumrah alam yang dinamakan sunnatullah itu mengajar kita agar berlaku baik kepada orang lain agar kita nanti akan diperlakukan sedemikian rupa.

Jangan kita salahkan generasi akan datang yang semakin biadap dengan kita suatu hari kelak jika hari ini kita abaikan soal adab sopan warisan Islam ini.


Nampak mudah tapi payah

Kempen ini akan memberikan adab-adab mudah untuk diamalkan. Namun, ianya sukar dan payah bagi mereka yang belum biasa. Ia bukanlah alasan untuk kita meninggalkan amalan ini. Mulakan sedikit demi sedikit.

Adab-adab yang nampak mudah beginilah yang sering diabaikan. Alah, benda kecil je. Apa nak kisah zaman sekarang ni. Jika begini persepsi kita, maka bertambah sukarlah perubahan besar ingin dibuat.

Andainya kelaziman berterima kasih kepada orang yang memberi tidak diamalkan, apakah mungkin ucapan itu bisa diucapkan seorang anak kepada ibubapanya apabila dia berjaya kelak? Silap-silap ibubapanya pula diabaikan begitu saja.


Bagaimana untuk sertainya?

Mudah saja untuk sertainya. Ia terbuka kepada sesiapa saja yang mempunyai blog sama ada sudah menjadi ahli GPTD atau tidak. Yang penting, dia punya kesedaran dan ingin mengajak lebih ramai sedar kepentingan menjaga adab.

Sila ke ruangan sidebar dan klik pada Langkah Penyertaan untuk maklumat lanjut.



Selamat Maju Jaya!



'Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya'



Yang benar

MUHAMMAD SUHAIL AHMAD
Presiden GPTD
Read more
0

Seni Beradab



Saksikan adab kita di tempat parkir kereta.
Read more
0

Langkah penyertaan

CARA PERTAMA
Berikut adalah langkah-langkah menyertai kempen ini. Mudah saja. Kami menggunakan kaedah tag game.

1. Sila ambil kod poster yang dipamerkan nanti.
2. Tampal kod tadi ke dalam satu entri di blog anda.
3. Entri tadi mestilah mengandungi sebarang kisah bebas mengenai ADAB yang dipromosikan dalam poster tadi.
4. Maklumkan kami dengan mengunjungi
BLOG KEMPEN dan tulis dalam ruangan KOMENuntuk beritahu link entri tadi.
5. Jangan lupa letak banner kempen di sidebar blog anda.
6. Tag 3 orang daripada rakan pemblog anda untuk tujuan sama.
---------

CARA KEDUA
Ambil saja poster itu dan tulis apa saja mengenainya. Kalau yang malas nak menulis pun tak apa, ambillah poster itu buat apapun sebab memang poster itu percuma. Hehe..

Tapi memang ada orang yang suka menulis cuma malas nak tagging. Jadi, tulislah saja. Abaikan Langkah ke-6 dalam Cara Pertama.

---------

Itu saja caranya. Mudah bukan? Jika tak faham juga, tak apa.. Anda akan faham sebaik saja poster pertama dilancarkan nanti.

Selamat Berkempen!
Read more
0

Teaser Video Kempen



Video ini diilhamkan sebagai teaser video kepada para pemblog bagi memberi maksud usaha kami berkempen demi memartabatkan adab kesopanan yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia.
Read more
 

Campaign button

Please copy and paste this code to your blog:
<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/"><img src="http://img258.imageshack.us/img258/9828/kempen1bulan1adab.jpg"></a></center>

HTML scrollbox

Statistic

Free counter and web stats

Followers

Blog Archive

Chatbox

I Luv GPTD

1 Bulan 1 Adab Copyright © 2010 Templatemo | Converted into Blogger Template by BloggerTheme