TERKINI

Poster Kempen 19 (JULAI): NAK BERGAYA BOLEH TAPI JANGAN BERLEBIHAN

Ucapan Presiden GPTD


GPTD dengan berbesar hati ingin mengajak para pemblog untuk sertai Kempen 1 Bulan 1 Adab. Kempen ini mengajak semua untuk menulis SATU entri yang berkaitan dengan SATU adab yang dipromosikan GPTD pada setiap SATU bulan.


Kenapa kempen ini diperkenalkan?

Kempen ini bertujuan menghidupkan kembali nilai-nilai adab kesopanan yang semakin hilang dalam jati diri masyarakat kita.

Tamadun Islam pernah dijulang apabila para pemimpin dan ulama mempamerkan adab yang tinggi dalam setiap gerak kerjanya. Jadi, mengapa tidak kita berusaha untuk kembalikannya?

Pernah tak kalian baca kajian rawak Reader's Digest pada 2006? Masyarakat Kuala Lumpur didapati mempunyai nilai adab sopan yang sangat rendah.

Tak usahlah kita mempersoalkan kajian rawak itu. Hakikatnya ramai mengakui kelunturan adab semakin teruk. GPTD yang bertapak di Malaysia buat permulaan ingin menumpukan kepada rakyat Malaysia untuk mengembalikan nilai warisan yang tersemadi dalam jiwa umat terdahulu.

Pemblog mempunyai kuasa pengaruh yang tinggi dalam alam serba canggih kini. Golongan muda adalah pengguna internet teramai. Semangat ini pasti dapat disebarkan dengan baik jika kita sama-sama bekerjasama menjayakan kempen ini kerana masa depan kita terletak pada golongan muda hari ini.

Golongan muda tak seharusnya dipersalahkan seratus peratus. Ada di kalangan golongan terdahulu juga menjadi penyebab kepada teruknya didikan mereka kepada anak-anak. Maka, kita sebagai golongan yang sedar harus mengambil iktibar dan bertindak sekarang sebelum terlambat.


Contohi semangat Nabeel

Nabeel adalah maskot GPTD yang diilhamkan dari pengajaran surah an-Naml untuk mencontohi sifat-sifat yang ada pada lebah.

Ada 4 sifat utama yang harus dicontohi. Namun untuk tujuan kempen kali ini, cukuplah GPTD menerangkan SATU sifatnya yang berkaitan.

Tidak merosakkan. Nabeel tidak pernah melakukan kerosakan pada pohon yang dihinggap. Bunga dijejak tanpa dirosakkan walau secebis daripada kelopaknya.

Begitulah Nabeel menjaga adabnya kepada yang memberi. Bunga membekalkan kepadanya manisan untuk diambil dan disimpan menjadi madu. Tidak dirosakkannya bunga itu, kerana dia tahu faedah menerima apabila kita memberi.

Nabeel berikan layanan terbaik tanpa merosakkan apapun. Dia tahu kalau dirosakkannya, suatu hari nanti dia sendiri yang rugi. Dia cintakan alam ini.

Begitulah semangat yang harus kita tanamkan dalam diri kita khususnya generasi muda. Dalam bertindak, kita harus selalu waspada. Jangan sampai terguris hati manusia lainnya.

Bukankah lumrah alam yang dinamakan sunnatullah itu mengajar kita agar berlaku baik kepada orang lain agar kita nanti akan diperlakukan sedemikian rupa.

Jangan kita salahkan generasi akan datang yang semakin biadap dengan kita suatu hari kelak jika hari ini kita abaikan soal adab sopan warisan Islam ini.


Nampak mudah tapi payah

Kempen ini akan memberikan adab-adab mudah untuk diamalkan. Namun, ianya sukar dan payah bagi mereka yang belum biasa. Ia bukanlah alasan untuk kita meninggalkan amalan ini. Mulakan sedikit demi sedikit.

Adab-adab yang nampak mudah beginilah yang sering diabaikan. Alah, benda kecil je. Apa nak kisah zaman sekarang ni. Jika begini persepsi kita, maka bertambah sukarlah perubahan besar ingin dibuat.

Andainya kelaziman berterima kasih kepada orang yang memberi tidak diamalkan, apakah mungkin ucapan itu bisa diucapkan seorang anak kepada ibubapanya apabila dia berjaya kelak? Silap-silap ibubapanya pula diabaikan begitu saja.


Bagaimana untuk sertainya?

Mudah saja untuk sertainya. Ia terbuka kepada sesiapa saja yang mempunyai blog sama ada sudah menjadi ahli GPTD atau tidak. Yang penting, dia punya kesedaran dan ingin mengajak lebih ramai sedar kepentingan menjaga adab.

Sila ke ruangan sidebar dan klik pada Langkah Penyertaan untuk maklumat lanjut.



Selamat Maju Jaya!



'Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya'



Yang benar

MUHAMMAD SUHAIL AHMAD
Presiden GPTD

4 comments:

Anonymous said...

Satu bulan, satu adab je...? Satu hari pun banyak adab2 perlu diamalkan...nikan satu bulan....minta huraian sket kempen ni...

gptdhq said...

Anonymous,
Terima kasih atas soalan. Untuk membuat perubahan, GPTD mencari alternatif paling ringan dan mudah untuk diamalkan.

Kerana itulah cukup hanya 1 Adab dipromosikan 1 Bulan. Bagi mereka yang ingin mempromosikan Adab lebih daripada 1 dalam 1 bulan, terpulang.

Ingat, kempen ini bukan sekadar berikan sokongan biasa. Kita perlu menulis entri untuk mengembangkan promosi ini.

Pelajar Kreatif said...

Saya takde blog.Saya nak sertai kempen dengan cipta video klip boleh ke?

gptdhq said...

Pelajar Kreatif,
Owh..dipersilakan. Video mungkin mempunyai impaknya yang lebih menarik.

Post a Comment

 

Campaign button

Please copy and paste this code to your blog:
<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/"><img src="http://img258.imageshack.us/img258/9828/kempen1bulan1adab.jpg"></a></center>

HTML scrollbox

Statistic

Free counter and web stats

Followers

Blog Archive

Chatbox

I Luv GPTD

1 Bulan 1 Adab Copyright © 2010 Templatemo | Converted into Blogger Template by BloggerTheme