Please copy the code below and paste in your blog entry:
<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2010/07/simpan-sampah-dalam-poket-dululah.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvSLY9qcg2gYX7PwofLJQezTLVUC89vN-5tAItfIgGGd-myhU0CYya_QzjDGTsOxk2zHvnFqTLdm6AqQ6DxWbNHd25-XcEARYVvogLnOwUMWOwjnvBDvb4SmSThAU16fi53cnY1vKto9E/s1600/Smpah+poket+copy.jpg" width="400"></a></center>
Poster 9:
Simpan Sampah Dalam Poket Dululah!
Situasi:
Sampah-sampah kecil seperti pembalut gula-gula, pembungkus makanan, dan sebagainya seringkali dibuang begitu saja kerana dirasakan ia seolah-olah tidak menjejaskan persekitaran.
Ada yang memberi alasan tiada tong sampah untuk sampah itu dibuang. Bukankah berbaloi jika kita korbankan sedikit masa untuk simpan sampah tadi di dalam poket sebelum terjumpa tong sampah?
Al-Quran ada menyatakan dalam surah al-Furqan ayat 63:
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ
Maksudnya: Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati...
Kerendahan hati juga dimaksudkan para ulama sebagai sikap mementingkan orang lain dan alam sekitar tanpa merasakan diri itu lebih hebat dan penting daripada yang lain. Orang yang rendah hati akan memikirkan bagaimana untuk menjaga persekitaran.
Pepatah Melayu mengatakan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Walaupun sampah yang dibuang dirasakan kecil dan sedikit, ia pasti memburukkan keadaan apabila perkara itu menjadi kebiasaan kerana yang kecil dan sedikit menjadi besar dan banyak.
Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap seseorang yang menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain dalam bahasa yang difahami pendengar atau sebaliknya. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.
[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
0 comments:
Post a Comment