Please copy the code below and paste in your blog entry:
<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2010/10/bahasa-rojak-perosak-bahasa.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwEsTj4tARnTVJ6mRmyPF6u7h__8P0xHshIAG0PK-RuwIo8IDlZ_pJRNy_DVHO3jTmJA75qSzdbfHf52o0sQAAFtRmJeTFVJitVgCzeBYOy8GtZ5ZmjCTrVE3YJdWdrXEz3H3LEiaLQyY/s1600/kempen+bahasa+rojak+copy.jpg" width="400"></a></center>
Poster 12:
Bahasa Rojak Perosak Bahasa
Situasi:
Bahasa Melayu adakalanya dituturkan bersama Bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Bertambah malang lagi apabila kebiasaan ini terbawa-bawa ke dalam penulisan rasmi.
Ya, mungkin kerana ketandusan tatabahasa dan kosa kata bahasa yang hendak dituturkan, terus saja atasinya dengan mencampuradukkan bahasa lain bagi menyampaikan maksud yang dihajati.
Fenomena ini seolah-olah semakin diterima masyarakat sedangkan ia sebenarnya merosakkan bahasa. Bahasa boleh menjadi lemah dan lesu apabila ekspresi bahasa lebih puas disampaikan menggunakan istilah atau perkataan daripada bahasa asing.
Sempena bulan bahasa kebangsaan, kami menyeru agar kita kembalikan kegemilangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita yang dicintai ini. Ingatlah bahawa bahasa Inggeris hanyalah bahasa kedua, agungkanlah bahasa kebangsaan kita.
Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap dalam menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan, penulisan dan sebagainya dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.
[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
0 comments:
Post a Comment