Please copy the code below and paste in your blog entry:
<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2011/02/jadilah-pendengar-yang-baik.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaCT-wqSthD1Xj2HB1HQ29AWd1bCK_ih4_NHjhyphenhyphenOaaUfbVGwmPNQQQ8Nq3eMY2_tJQKwP5UUAPgFau0K_1lRjYuNgIUm6LmoEPKfMQ6P916JKTciwvVOPMCcvaUFN1HW3V6T2FOr7WjBw/s1600/kempen+pendengar.jpg" width="400"></a></center>
Kredit Gambar: Ari Photography
Poster 15
Jadilah Pendengar Yang Baik
Situasi:
Barangkali ada di kalangan kita tertanya-tanya kenapa perbualan mereka dengan orang lain adakalanya hambar. Dalam tidak sedar, persahabatan turut tercalar dengan gaya percakapan kita yang tidak memikirkan orang lain.
Jika kita mahu orang lain mendengar apa yang kita katakan, kita perlu terlebih dahulu mendengar kata mereka. Tindakan terburu-buru dalam berkata seperti memotong perbualan orang lain bukan sahaja tidak sopan, bahkan ia membantutkan idea dan kata-kata pengungkapnya.
Bukankah lebih bermakna perbualan kita jika masing-masing diberikan ruang untuk bercakap sehingga selesai butir katanya terlebih dahulu sebelum diberi komen atau pendapat yang berlainan.
Situasi ini perlu digiatkan agar perbincangan atau perbualan menjadi lebih bererti selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan. Jangan sesekali kita terperangkap dalam situasi di mana orang menjadi benci untuk bersama kita kerana jarang sekali mendengar kata orang lain dan hanya diri kita saja yang betul.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab mendengar ini dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.
[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
0 comments:
Post a Comment