TERKINI

Poster Kempen 19 (JULAI): NAK BERGAYA BOLEH TAPI JANGAN BERLEBIHAN
4

Please Mute or Turn Off Your Mobile Phone




Please copy the code below and paste in your blog entry:

<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2010/02/please-mute-or-turn-off-your-mobile.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVLfeXgXV4BAFJEIEOxRjN0n61-jrOUm7moEacjzRLEl5AbmjicAr4nrpMSMhy2NKIOSB4uEkDrJTZQhy33yDmhtpK87wjjOA3KB8-kZej2RLix22wcd2jAQxUZl2ziS2kVe8bhT4kgtM/s400/Tutup+telefon+copy.jpg"></a></center>


Poster 4:
Please Mute or Turn Off Your Mobile Phone / Sila Matikan Bunyi atau Telefon Bimbit Anda

Situasi :
Sejak telefon bimbit dicipta, manusia menjadi semakin sibuk. Hatta dalam masjid pun, komunikasi dengan Tuhan Yang Maha Hebat boleh terganggu oleh bunyi-bunyian telefon bimbit yang beragam. Yang lebih menyakitkan ialah lagu rock, pop, dangdut atau petikan kata-kata lucu dan lucah dijadikan nada dering telefon bimbit.

من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Maksudnya:
"Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja" ( Riwyaat al-Bukhari , no 814 )


Hadis ini jelas melarang kita selaku makmum di masjid mengganggu makmum lain yang sedang mengerjakan solat dengan gangguan bau busuk mulut. Begitu jugalah dengan nada dering telefon bimbit. Ia bukan saja mengganggu makmum lain, bahkan ia pasti mengganggu si empunya telefon bimbit untuk menunaikan ibadah.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap si pemilik telefon bimbit yang tidak menghormati hak orang sekelilingnya mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Please Flush After Use




Please copy the code below and paste in your blog entry:

<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2010/01/please-flush-after-use.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1obAS27AMpjrOaYMhzyT6cgYkBHEHEu9bDZQjQ6DMvMlpufpLoL23S5sCp0OlR3-29YJaj_5h0zMfdtqPL3rNiHv7QRvWyQA-zr7_-SPE7mLef6fwgjMtzwr7c7_ExwmrUPLHwkR9X6A/s1600/Flush+please.jpg"></a></center>


Poster 3:
Please Flush After Use/ Sila tarik flush selepas digunakan


Situasi:
Ramai yang tidak dapat menggunakan tandas awam apabila keadaan tandas sangat tak memuaskan. Bukan sahaja kebersihan tandas tak dijaga, terdapat juga pengguna yang tidak menarik flush tandas apabila najis dilepaskan. Ia seolah-olah menjadi tabiat buruk yang sangat membebankan orang lain.

Maksudnya:
“Takutlah tiga perkara yang menyebabkan pelakunya dilaknat iaitu membuang najis di jalan yang menuju sungai, di jalan raya dan di bawah pohon tempat perhentian”.

(Riwayat Abu Daud & Ibn Majah)

Berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa tempat-tempat yang dimaksudkan adalah tempat yang biasanya digunakan oleh orang ramai. Tandas awam khususnya seperti di masjid-masjid dan pasaraya juga digunakan oleh orang ramai.

Mengambil semangat daripada hadis ini iaitu untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lain, marilah sama-sama kita berusaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna seterusnya selepas kita dengan menarik flush agar tiada sisa yang menjijikkan terbiar.


Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap pengguna yang ti dak mahu menarik flush sehingga menyusahkan pengguna sesudahnya mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
4

Stop Car Litter




Please copy the code below and paste in your blog entry:

<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2009/12/stop-car-litter.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzOWU0AEcLNCeS97P3aQQCgwtVPyT0rvldRyMm4xQKPaNN_SYp75ceBKqPPPXNK2nirvvq5pcXsD9QlPvcsfiFt5FeJVoZ2x63u_yHBaNCwvRe6GP4QRhhjXaYBaCKMmHB0YBFGWxmIn8/s1600/Car+litter.jpg"></a></center>


Poster 2:
Stop Car Litter / Hentikan Membuang Sampah dari Kenderaan

Situasi:
Sudah menjadi kebiasaan sesetengah rakyat Malaysia membuang sampah dari kenderaan yang dinaikinya. Sesudah menikmati makanan yang enak dan lazat, terus diturunkan cermin, lalu dibuangkan bungkusan ke luar kenderaan. Anggapan mudahnya ialah pasti ada tukang sapu yang akan memungutnya sedangkan tanggungjawab kita adalah menjaga kebersihan walau di mana pun berada. Adalah disarankan untuk menyimpan sampah terlebih dahulu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap pengguna jalanraya khususnya yang suka membuang sampah dari kenderaan mereka mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]


Senarai Pemblog yang sudah menulis:




















PemblogBlog
KamyapTak Tahu, Nak Tahu, Memberitahu
Master JA little reminder
IwanKenza4u
Nurulwidad Che AwangTatih Tari Hidupky
Read more
0

Car litter



Adakah membuang sampah di jalanan menjadi tabiat anda?
Ubahlah sikap itu sebelum ia menjadi sebati dalam diri.
Read more
0

Tabiat Buang Sampah Yang Menjijikkan


Oleh : Mohd Hisham Mohd Sharif (PEMBINA Kedah)


Rakyat Malaysia cukup terkenal seantero dunia dengan hospitaliti dan budi bahasa yang memikat hati. Rata-rata pelancong memuji sopan santun dan budi bahasa masyarakat Malaysia.

Syed Hussin Ali dalam bukunya Melayu, Masalah dan Masa Depan juga menyebut perihal masyarakat Melayu yang cukup terkenal sejak dahulu lagi dengan adat kesopanan dan kesantunan dan pembawaan inilah yang mencorakkan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Tetapi, sepanjang kelana ku ke banyak negeri - negeri di Semenanjung Malaysia pada minggu lepas, menemukan aku dengan satu tabiat buruk masyarakat Malaysia yang amat menjijikkan. Tabiat yang aku maksudkan adalah tabiat buang sampah merata-rata.

Pemandu-pemandu kereta yang selamba mencampakkan puntung, kotak rokok, plastik air minuman dan pelbagai lagi sampah ke luar tingkap kereta semasa pemanduan, kulit durian yang dicampakkan di tengah-tengah lebuh raya yang hampir menyebabkan aku kemalangan, tabiat meludah merata-rata, membuang sampah di tempat-tempat awam terutama di kawasan-kawasan rekreasi adalah antara tabiat-tabiat buruk yang aku lihat dengan mata kepala ku sendiri.

Bagi mereka ini, biar halaman rumah mereka bersih, biar kereta mereka bebas sampah tetapi di jalanan biarkan saja.

"Ah, aku bayar tol, nanti ada le yang memungutnya" itu alasan yang sering kedengaran.

Ada juga yang berpendapat :

"Alaa, setakat satu dua sampah, takde kesan apanye"

"Takpe, nanti pekerja Majlis Bandaran pungut le"

"Aku bayar cukai, nanti pekerja Majlis takde kerja pula"

Alasan-alasan yang tidak masuk akal inilah yang sering dijadikan rasional bagi penjenayah sampah jalanan yang sering mencemarkan pandangan.

Pernah aku ke suatu tempat rekreasi di Yan Kedah dimana pembuangan sampah merata-rata dilakukan dengan melampau oleh pengunjung sehingga tempat rekreasi itu tidak sesuai untuk menjadi tempat perkelahan dek kerana kotornya dengan sisa makanan yang di buang merata-rata.

Masalah ini, tidak boleh dipandang enteng, kerana menjaga kebersihan adalah sebahagian dari iman.

Bagi seorang muslim, membuang sampah merata-rata adalah satu dosa, walau secebis kertas gula-gula. Setiap muslim yang sedar tidak sepatutnya terlibat dalam jenayah alam sekitar seperti ini.

Tabiat membuang sampah ini harus di didik sejak dari kecil lagi. Ajarlah anak-anak agar membuang sampah di tempat yang betul, walau hanya secebis kertas. Ajarlah anak-anak untuk menghargai alam sekitar dan menjaganya dengan amanah.

Dunia ini akan menjadi lebih bersih jika setiap individu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alam.

Cukuplah agar masing-masing memungut sampah masing-masing dan di buang ke tempat yang sepatutnya.


[Artikel diambil daripada blog Persatuan Belia Islam Nasional]




Read more
0

Have you ever wish to say TQ

Read more
 

Campaign button

Please copy and paste this code to your blog:
<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/"><img src="http://img258.imageshack.us/img258/9828/kempen1bulan1adab.jpg"></a></center>

HTML scrollbox

Statistic

Free counter and web stats

Followers

Blog Archive

Chatbox

I Luv GPTD

1 Bulan 1 Adab Copyright © 2010 Templatemo | Converted into Blogger Template by BloggerTheme