TERKINI

Poster Kempen 19 (JULAI): NAK BERGAYA BOLEH TAPI JANGAN BERLEBIHAN
0

Bahasa Rojak Perosak Bahasa

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 12:
Bahasa Rojak Perosak Bahasa

Situasi:
Bahasa Melayu adakalanya dituturkan bersama Bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Bertambah malang lagi apabila kebiasaan ini terbawa-bawa ke dalam penulisan rasmi.

Ya, mungkin kerana ketandusan tatabahasa dan kosa kata bahasa yang hendak dituturkan, terus saja atasinya dengan mencampuradukkan bahasa lain bagi menyampaikan maksud yang dihajati.

Fenomena ini seolah-olah semakin diterima masyarakat sedangkan ia sebenarnya merosakkan bahasa. Bahasa boleh menjadi lemah dan lesu apabila ekspresi bahasa lebih puas disampaikan menggunakan istilah atau perkataan daripada bahasa asing.

Sempena bulan bahasa kebangsaan, kami menyeru agar kita kembalikan kegemilangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita yang dicintai ini. Ingatlah bahawa bahasa Inggeris hanyalah bahasa kedua, agungkanlah bahasa kebangsaan kita.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap dalam menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan, penulisan dan sebagainya dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Ikhlaskan Hati Terima Tetamu

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 11:
Ikhlaskan Hati Terima Tetamu

Situasi:
Apabila tiba hari raya, adalah kebiasaan bagi kita untuk ziarah menziarahi. Namun adakalanya tetamu datang ke rumah secara mengejut tanpa sebarang makluman awal. Pada waktu itulah adakala terasa bagaikan terpaksa menerima tetamu.

Di hari dan bulan yang baik ini, marilah semaikan rasa ikhlas dalam melayani tetamu yang hadir walaupun hanyalah kanak-kanak kecil yang sekadar inginkan 'duit raya'. Mengherdik dan menghalau mereka bukanlah satu tindakan yang wajar.

Dengan cara inilah, layanan baik itu akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat tidak kira bangsa dan agama. Percaya dan yakinlah bahawa kehadiran mereka membuka pintu rezeki yang amat luas dalam hidup kita.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap melayani tetamu sewaktu Aidilfitri. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
1

Beli ikut keperluan tau!

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 10:
Beli ikut keperluan tau!

Situasi:
Apabila tiba musim puasa, banyak bazaar Ramadhan dibuka di merata tempat. Memandangkan terpaksa menahan lapar dan dahaga begitu lama, apa saja yang nampak menyelerakan dibeli sesuka hati.

Akibatnya apabila sudah berbuka puasa, lebihan makanan terpaksa dibuang jika waktu moreh pun tak dapat dihabiskan.

Bukan itu saja, dari sudut psikologi pun, membeli-belah sewaktu kelaparan tidaklah digalakkan kerana kita akan terdorong membeli lebih daripada keperluan.

Pembaziran ini amat dibenci seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Isra ayat 26-27 yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Sifat boros itu adalah sifat Syaitan yang tidak patut dicontohi. Jika kita juga begitu, memang patutlah digelar saudara kepada mereka.

Ayuh kita kempen untuk kita berbelanja hanya mengikut keperluan, bukan kehendak.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap berbelanja khususnya sewaktu Ramadhan. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Simpan Sampah Dalam Poket Dululah!

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 9:
Simpan Sampah Dalam Poket Dululah!

Situasi:
Sampah-sampah kecil seperti pembalut gula-gula, pembungkus makanan, dan sebagainya seringkali dibuang begitu saja kerana dirasakan ia seolah-olah tidak menjejaskan persekitaran.

Ada yang memberi alasan tiada tong sampah untuk sampah itu dibuang. Bukankah berbaloi jika kita korbankan sedikit masa untuk simpan sampah tadi di dalam poket sebelum terjumpa tong sampah?

Al-Quran ada menyatakan dalam surah al-Furqan ayat 63:
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ

Maksudnya: Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati...

Kerendahan hati juga dimaksudkan para ulama sebagai sikap mementingkan orang lain dan alam sekitar tanpa merasakan diri itu lebih hebat dan penting daripada yang lain. Orang yang rendah hati akan memikirkan bagaimana untuk menjaga persekitaran.

Pepatah Melayu mengatakan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Walaupun sampah yang dibuang dirasakan kecil dan sedikit, ia pasti memburukkan keadaan apabila perkara itu menjadi kebiasaan kerana yang kecil dan sedikit menjadi besar dan banyak.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap seseorang yang menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain dalam bahasa yang difahami pendengar atau sebaliknya. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
4

Bertuturlah Dengan Gaya Bahasa Yang Difahami Pendengar

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 8:
Bertuturlah Dengan Gaya Bahasa Yang Difahami Pendengar

Situasi:
Setiap golongan masyarakat mempunyai tahap keilmuan yang berbeza. Ini menyebabkan tahap pemahaman juga berbeza apabila sesuatu perkara disampaikan.

Ada sesetengah penceramah, pemidato, guru, ustaz, ibubapa dan sebagainya yang menyampaikan sesuatu tanpa memastikan siapakah audien/pendengar mereka. Akibatnya cara penyampaian mereka tidak sesuai dan audien/pendengar tidak faham maksud yang ingin disampaikan.

Hadis daripada Aisyah RA menyatakan, yang bermaksud :

“Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Apa gunanya kata-kata yang disampaikan andai ianya tidak jelas difahami pendengar?

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap seseorang yang menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain dalam bahasa yang difahami pendengar atau sebaliknya. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
7

Rajin-rajinlah Bertegur Sapa

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 7:
Rajin-rajinlah Bertegur Sapa

Situasi:
Zaman moden kini banyak membuatkan kita memikirkan hanya tentang diri sendiri. Jiran tetangga pun adakalanya tidak pernah kita kenali.

Bahkan ada yang lebih teruk dengan bersikap seolah-olah tidak mengenali rakannya apabila berselisih. Jemaah masjid yang sentiasa hadir bersama dalam solat juga mungkin tak pernah kenal siapa yang berdiri di sebelahnya.

عَنْ أَبِى هُرَيْرةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: حَقُّ اَلمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِم سِتٌّ، قِيْلَ: وَمَاهُنَّ يَا رَسُوْلُ الله؟ قَالَ: اِذاَ لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَاِذَا دَعَاكَ فَأجِبْهُ، وَاِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَاِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ، وَاِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَاِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
(رواه مسلم)

Maksudnya:
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan hak seorang Muslim untuk ditegur sapa. Dengan mengucapkan salam, ia bukan sekadar mendoakan kesejahteraan buat saudara tersebut. Bahkan ia akan berlanjutan kepada ucapan yang sesuai dengan wajah manis sehingga terjalin rasa kasih sayang dan kemesraan antara mereka.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap untuk bertegur sapa dengan orang lain. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more

Campaign button

Please copy and paste this code to your blog:

HTML scrollbox

Statistic

Free counter and web stats

Followers

Blog Archive

Chatbox

I Luv GPTD

1 Bulan 1 Adab Copyright © 2010 Templatemo | Converted into Blogger Template by BloggerTheme