TERKINI

Poster Kempen 19 (JULAI): NAK BERGAYA BOLEH TAPI JANGAN BERLEBIHAN
0

Tunggu Giliran Anda

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 14:
Tunggu Giliran Anda

Situasi:
Beratur menunggu giliran bukanlah suatu perkara yang digemari ramai, terutamanya bagi mereka yang kurang sabar. Perkara tersebut boleh dilihat di mana-mana. Barangkali risau akan terlambat ke tempat kerja, tiada tempat duduk, makanan akan habis dan sebagainya.

Di sebabkan itu, mereka tidak akan menunggu giliran malah akan berebut bagi mengelakkan kerisauan tersebut. Tidak mustahil ada yang akan mengikut perbuatan itu juga dan semestinya akan mengundang kemarahan dan menyusahkan orang lain yang juga turut menunggu lama dan beratur.

Di dalam Al-Quran surah Ar-Ra'd ayat 24 ada dinyatakan mengenai mereka yang bersabar. Maksudnya:

"Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu."

Jadi, daripada kita berebut dan hanya memikirkan kepentingan sendiri, maka eloklah kita bersabar kerana ganjarannya sudah pasti besar.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab menunggu giliran dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

Read more
0

Melangkah Keluar Dengan Doa

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 13:
Melangkah Keluar Dengan Doa

Situasi:
Sejak akhir-akhir ini kita selalu mendengar berita-berita buruk dan ngeri menimpa mangsa ragut, bunuh, langgar lari dan sebagainya. Berita yang tak putus henti ini sering menakutkan diri kita untuk keluar dari rumah.

Menetap dalam rumah juga bukanlah tindakan selamat kerana terdapat juga berita mengenai kes amuk yang datang ke rumah membunuh tiga beranak. Jika difikirkan situasi yang sentiasa melanda masyarakat hari ini, kini kehidupan dirasakan sangat sukar untuk dihadapi.

Hakikatnya Islam telah ajar kita dengan membaca doa apabila ingin keluar dari rumah. Amalan yang disunatkan ini sudah tentu membuatkan kita terasa lebih tenang untuk keluar dari rumah kerana keselamatan kita diserahkan kepada Yang Maha Esa.

Hanya dengan cara inilah kita dapat sentiasa berada dalam lindunganNya tidak kira di mana jua kita berada. Oleh itu, ayuh kita sebarkan kepada seluruh alam akan kepentingan membaca doa apabila ingin keluar dari rumah.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab membaca doa apabila ingin keluar rumah dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Maaf tiada poster

Read more
0

Bahasa Rojak Perosak Bahasa

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 12:
Bahasa Rojak Perosak Bahasa

Situasi:
Bahasa Melayu adakalanya dituturkan bersama Bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Bertambah malang lagi apabila kebiasaan ini terbawa-bawa ke dalam penulisan rasmi.

Ya, mungkin kerana ketandusan tatabahasa dan kosa kata bahasa yang hendak dituturkan, terus saja atasinya dengan mencampuradukkan bahasa lain bagi menyampaikan maksud yang dihajati.

Fenomena ini seolah-olah semakin diterima masyarakat sedangkan ia sebenarnya merosakkan bahasa. Bahasa boleh menjadi lemah dan lesu apabila ekspresi bahasa lebih puas disampaikan menggunakan istilah atau perkataan daripada bahasa asing.

Sempena bulan bahasa kebangsaan, kami menyeru agar kita kembalikan kegemilangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita yang dicintai ini. Ingatlah bahawa bahasa Inggeris hanyalah bahasa kedua, agungkanlah bahasa kebangsaan kita.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap dalam menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan, penulisan dan sebagainya dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Ikhlaskan Hati Terima Tetamu

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 11:
Ikhlaskan Hati Terima Tetamu

Situasi:
Apabila tiba hari raya, adalah kebiasaan bagi kita untuk ziarah menziarahi. Namun adakalanya tetamu datang ke rumah secara mengejut tanpa sebarang makluman awal. Pada waktu itulah adakala terasa bagaikan terpaksa menerima tetamu.

Di hari dan bulan yang baik ini, marilah semaikan rasa ikhlas dalam melayani tetamu yang hadir walaupun hanyalah kanak-kanak kecil yang sekadar inginkan 'duit raya'. Mengherdik dan menghalau mereka bukanlah satu tindakan yang wajar.

Dengan cara inilah, layanan baik itu akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat tidak kira bangsa dan agama. Percaya dan yakinlah bahawa kehadiran mereka membuka pintu rezeki yang amat luas dalam hidup kita.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap melayani tetamu sewaktu Aidilfitri. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
1

Beli ikut keperluan tau!

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 10:
Beli ikut keperluan tau!

Situasi:
Apabila tiba musim puasa, banyak bazaar Ramadhan dibuka di merata tempat. Memandangkan terpaksa menahan lapar dan dahaga begitu lama, apa saja yang nampak menyelerakan dibeli sesuka hati.

Akibatnya apabila sudah berbuka puasa, lebihan makanan terpaksa dibuang jika waktu moreh pun tak dapat dihabiskan.

Bukan itu saja, dari sudut psikologi pun, membeli-belah sewaktu kelaparan tidaklah digalakkan kerana kita akan terdorong membeli lebih daripada keperluan.

Pembaziran ini amat dibenci seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Isra ayat 26-27 yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Sifat boros itu adalah sifat Syaitan yang tidak patut dicontohi. Jika kita juga begitu, memang patutlah digelar saudara kepada mereka.

Ayuh kita kempen untuk kita berbelanja hanya mengikut keperluan, bukan kehendak.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap berbelanja khususnya sewaktu Ramadhan. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more

Campaign button

Please copy and paste this code to your blog:

HTML scrollbox

Statistic

Free counter and web stats

Followers

Blog Archive

Chatbox

I Luv GPTD

1 Bulan 1 Adab Copyright © 2010 Templatemo | Converted into Blogger Template by BloggerTheme