TERKINI

Poster Kempen 19 (JULAI): NAK BERGAYA BOLEH TAPI JANGAN BERLEBIHAN
0

Sukan & Aurat

Read more
0

1 Bulan 1 Adab 2012

Nantikan video petama 1 Bulan 1 Adab 2012 yang akan dilancarkan pada 11 Januari 2012.

Read more
0

Nak Bergaya Boleh Tapi Jangan Berlebihan

Penampilan diri melambangkan keperibadian seseorang. Kebiasaannya ramai yang percaya pada tanggapan pertama terhadap seseorang adalah penting untuk mengenali individu tersebut.

Tambahan pula apabila dunia fesyen kian berkembang, masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk bergaya dengan fesyen terkini tidak kira wanita mahupun lelaki. Ada yang sanggup berhabisan wang ringgit semata-mata untuk bergaya. Ada juga yang kurang peduli mengenai adab berpakaian berlandaskan tuntutan agama.

Namun tiada larangan untuk bergaya tetapi disarankan supaya tidak berlebih-lebihan, yang penting ia mestilah menutup aurat, bersih, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai bergaya secara berlebihan dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangankomen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

ATAU klik butang 'like' di atas.
Read more
0

Gurau Senda Ada Batasnya

Gurau senda perlu ada untuk mengukuhkan sebuah ikatan seperti ikatan kekeluargaan, persahabatan dan persaudaraan.

Ia merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita. Gurauan akan mencetuskan gelak tawa orang di sekeliling. Kebiasaannya kita bergurau untuk menyakat orang lain, mungkin sekadar main-main. Ketawa memang seronok tetapi apabila diri sendiri menjadi bahan tawa ia boleh membawa kepada keburukan. Mungkin ada yang tidak kisah, ada yang ambil hati dan mungkin juga boleh jadi tidak mahu bertegur sapa akibat gurauan yang berlebihan.

Ada yang tidak sedar apabila bergurau kita mungkin akan berbohong. Hampir setiap gurauan pasti ada lawak yang direka-reka, perli-memerli dan kata-mengata.

Islam mengharuskan gelak tawa, gurau senda sebagai hiburan jiwa. Cukuplah bersederhana dan tidak perlu untuk berdusta semata-mata untuk tertawa. Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan,
selain yang benar.”

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab bergurau dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

ATAU klik butang 'like' di atas.
Read more
0

Gunakan Gelaran Yang Sesuai

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 17
Gunakan Gelaran Yang Sesuai

Situasi:
Memberikan gelaran sering berlaku di kalangan kita. Gelaran yang diberikan biasanya adalah untuk memudahkan kita mengingati seseorang.

Ramai di antara kita yang mengambil ringan soal memberikan gelaran atau kata lainnya panggilan yang sesuai bagi seseorang. Gelaran atau panggilan itu tanda kita menghormati individu tersebut.

Gelaran yang baik akan membawa maksud yang baik. Mahupun begitu ada juga di kalangan kita yang memberikan gelaran yang kurang baik kepada seseorang. Gelaran itu sudah pasti yang mungkin menggambarkan sifat, sikap dan sebagainya. Tambah lagi jika gelaran tersebut begitu unik didengar maka semakin mudahlah individu tersebut untuk diingati.

Oleh itu, adalah lebih baik menggunakan gelaran yang sesuai, tidak hanya pada majlis-majlis tertentu tetapi juga di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja, baik yang dikenali mahupun tidak.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab menggunakan gelaran ini dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

ATAU klik butang 'like' di atas.
Read more
0

Utamakan Yang Lebih Utama

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 16
Utamakan Yang Lebih Utama

Situasi:
Gambar yang ditunjukkan dalam poster kali ini jelas menunjukkan kehilangan rasa bersalah apabila menggunakan tempat yang dikhaskan untuk golongan tertentu di dalam LRT.

Situasi begini sering berlaku bukan saja dalam LRT, bahkan juga di dalam pengangkutan awam yang lain. Situasi bertambah buruk apabila mereka yang mengambil hak orang lain ini buat-buat tidur atau seolah-olah tidak tahu akan kehadiran orang yang sangat memerlukan tempat duduk tersebut.

Bayangkanlah jika kita yang menjadi golongan yang sangat memerlukan ini. Sudah tentu kita terasa marah dengan keadaan ini. Bukankah golongan ini lebih utama memerlukan tempat duduk bagi mengelakkan sakit atau ketidakupayaan diri semakin teruk.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab mendengar ini dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Jadilah Pendengar Yang Baik

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Kredit Gambar: Ari Photography

Poster 15
Jadilah Pendengar Yang Baik

Situasi:
Barangkali ada di kalangan kita tertanya-tanya kenapa perbualan mereka dengan orang lain adakalanya hambar. Dalam tidak sedar, persahabatan turut tercalar dengan gaya percakapan kita yang tidak memikirkan orang lain.

Jika kita mahu orang lain mendengar apa yang kita katakan, kita perlu terlebih dahulu mendengar kata mereka. Tindakan terburu-buru dalam berkata seperti memotong perbualan orang lain bukan sahaja tidak sopan, bahkan ia membantutkan idea dan kata-kata pengungkapnya.

Bukankah lebih bermakna perbualan kita jika masing-masing diberikan ruang untuk bercakap sehingga selesai butir katanya terlebih dahulu sebelum diberi komen atau pendapat yang berlainan.

Situasi ini perlu digiatkan agar perbincangan atau perbualan menjadi lebih bererti selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan. Jangan sesekali kita terperangkap dalam situasi di mana orang menjadi benci untuk bersama kita kerana jarang sekali mendengar kata orang lain dan hanya diri kita saja yang betul.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab mendengar ini dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

Read more
0

Tunggu Giliran Anda

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 14:
Tunggu Giliran Anda

Situasi:
Beratur menunggu giliran bukanlah suatu perkara yang digemari ramai, terutamanya bagi mereka yang kurang sabar. Perkara tersebut boleh dilihat di mana-mana. Barangkali risau akan terlambat ke tempat kerja, tiada tempat duduk, makanan akan habis dan sebagainya.

Di sebabkan itu, mereka tidak akan menunggu giliran malah akan berebut bagi mengelakkan kerisauan tersebut. Tidak mustahil ada yang akan mengikut perbuatan itu juga dan semestinya akan mengundang kemarahan dan menyusahkan orang lain yang juga turut menunggu lama dan beratur.

Di dalam Al-Quran surah Ar-Ra'd ayat 24 ada dinyatakan mengenai mereka yang bersabar. Maksudnya:

"Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu."

Jadi, daripada kita berebut dan hanya memikirkan kepentingan sendiri, maka eloklah kita bersabar kerana ganjarannya sudah pasti besar.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab menunggu giliran dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]

Read more
0

Melangkah Keluar Dengan Doa

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 13:
Melangkah Keluar Dengan Doa

Situasi:
Sejak akhir-akhir ini kita selalu mendengar berita-berita buruk dan ngeri menimpa mangsa ragut, bunuh, langgar lari dan sebagainya. Berita yang tak putus henti ini sering menakutkan diri kita untuk keluar dari rumah.

Menetap dalam rumah juga bukanlah tindakan selamat kerana terdapat juga berita mengenai kes amuk yang datang ke rumah membunuh tiga beranak. Jika difikirkan situasi yang sentiasa melanda masyarakat hari ini, kini kehidupan dirasakan sangat sukar untuk dihadapi.

Hakikatnya Islam telah ajar kita dengan membaca doa apabila ingin keluar dari rumah. Amalan yang disunatkan ini sudah tentu membuatkan kita terasa lebih tenang untuk keluar dari rumah kerana keselamatan kita diserahkan kepada Yang Maha Esa.

Hanya dengan cara inilah kita dapat sentiasa berada dalam lindunganNya tidak kira di mana jua kita berada. Oleh itu, ayuh kita sebarkan kepada seluruh alam akan kepentingan membaca doa apabila ingin keluar dari rumah.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai adab membaca doa apabila ingin keluar rumah dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Maaf tiada poster

Read more
0

Bahasa Rojak Perosak Bahasa

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 12:
Bahasa Rojak Perosak Bahasa

Situasi:
Bahasa Melayu adakalanya dituturkan bersama Bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Bertambah malang lagi apabila kebiasaan ini terbawa-bawa ke dalam penulisan rasmi.

Ya, mungkin kerana ketandusan tatabahasa dan kosa kata bahasa yang hendak dituturkan, terus saja atasinya dengan mencampuradukkan bahasa lain bagi menyampaikan maksud yang dihajati.

Fenomena ini seolah-olah semakin diterima masyarakat sedangkan ia sebenarnya merosakkan bahasa. Bahasa boleh menjadi lemah dan lesu apabila ekspresi bahasa lebih puas disampaikan menggunakan istilah atau perkataan daripada bahasa asing.

Sempena bulan bahasa kebangsaan, kami menyeru agar kita kembalikan kegemilangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita yang dicintai ini. Ingatlah bahawa bahasa Inggeris hanyalah bahasa kedua, agungkanlah bahasa kebangsaan kita.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap dalam menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan, penulisan dan sebagainya dalam entri anda. Setelah entri siap, sila tulis alamat pautan entri anda di ruangan komen. Jangan lupa ajak 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Ikhlaskan Hati Terima Tetamu

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 11:
Ikhlaskan Hati Terima Tetamu

Situasi:
Apabila tiba hari raya, adalah kebiasaan bagi kita untuk ziarah menziarahi. Namun adakalanya tetamu datang ke rumah secara mengejut tanpa sebarang makluman awal. Pada waktu itulah adakala terasa bagaikan terpaksa menerima tetamu.

Di hari dan bulan yang baik ini, marilah semaikan rasa ikhlas dalam melayani tetamu yang hadir walaupun hanyalah kanak-kanak kecil yang sekadar inginkan 'duit raya'. Mengherdik dan menghalau mereka bukanlah satu tindakan yang wajar.

Dengan cara inilah, layanan baik itu akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat tidak kira bangsa dan agama. Percaya dan yakinlah bahawa kehadiran mereka membuka pintu rezeki yang amat luas dalam hidup kita.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap melayani tetamu sewaktu Aidilfitri. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
1

Beli ikut keperluan tau!

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 10:
Beli ikut keperluan tau!

Situasi:
Apabila tiba musim puasa, banyak bazaar Ramadhan dibuka di merata tempat. Memandangkan terpaksa menahan lapar dan dahaga begitu lama, apa saja yang nampak menyelerakan dibeli sesuka hati.

Akibatnya apabila sudah berbuka puasa, lebihan makanan terpaksa dibuang jika waktu moreh pun tak dapat dihabiskan.

Bukan itu saja, dari sudut psikologi pun, membeli-belah sewaktu kelaparan tidaklah digalakkan kerana kita akan terdorong membeli lebih daripada keperluan.

Pembaziran ini amat dibenci seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Isra ayat 26-27 yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Sifat boros itu adalah sifat Syaitan yang tidak patut dicontohi. Jika kita juga begitu, memang patutlah digelar saudara kepada mereka.

Ayuh kita kempen untuk kita berbelanja hanya mengikut keperluan, bukan kehendak.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap berbelanja khususnya sewaktu Ramadhan. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Simpan Sampah Dalam Poket Dululah!

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 9:
Simpan Sampah Dalam Poket Dululah!

Situasi:
Sampah-sampah kecil seperti pembalut gula-gula, pembungkus makanan, dan sebagainya seringkali dibuang begitu saja kerana dirasakan ia seolah-olah tidak menjejaskan persekitaran.

Ada yang memberi alasan tiada tong sampah untuk sampah itu dibuang. Bukankah berbaloi jika kita korbankan sedikit masa untuk simpan sampah tadi di dalam poket sebelum terjumpa tong sampah?

Al-Quran ada menyatakan dalam surah al-Furqan ayat 63:
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ

Maksudnya: Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati...

Kerendahan hati juga dimaksudkan para ulama sebagai sikap mementingkan orang lain dan alam sekitar tanpa merasakan diri itu lebih hebat dan penting daripada yang lain. Orang yang rendah hati akan memikirkan bagaimana untuk menjaga persekitaran.

Pepatah Melayu mengatakan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Walaupun sampah yang dibuang dirasakan kecil dan sedikit, ia pasti memburukkan keadaan apabila perkara itu menjadi kebiasaan kerana yang kecil dan sedikit menjadi besar dan banyak.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap seseorang yang menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain dalam bahasa yang difahami pendengar atau sebaliknya. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
4

Bertuturlah Dengan Gaya Bahasa Yang Difahami Pendengar

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 8:
Bertuturlah Dengan Gaya Bahasa Yang Difahami Pendengar

Situasi:
Setiap golongan masyarakat mempunyai tahap keilmuan yang berbeza. Ini menyebabkan tahap pemahaman juga berbeza apabila sesuatu perkara disampaikan.

Ada sesetengah penceramah, pemidato, guru, ustaz, ibubapa dan sebagainya yang menyampaikan sesuatu tanpa memastikan siapakah audien/pendengar mereka. Akibatnya cara penyampaian mereka tidak sesuai dan audien/pendengar tidak faham maksud yang ingin disampaikan.

Hadis daripada Aisyah RA menyatakan, yang bermaksud :

“Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Apa gunanya kata-kata yang disampaikan andai ianya tidak jelas difahami pendengar?

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap seseorang yang menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain dalam bahasa yang difahami pendengar atau sebaliknya. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
7

Rajin-rajinlah Bertegur Sapa

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 7:
Rajin-rajinlah Bertegur Sapa

Situasi:
Zaman moden kini banyak membuatkan kita memikirkan hanya tentang diri sendiri. Jiran tetangga pun adakalanya tidak pernah kita kenali.

Bahkan ada yang lebih teruk dengan bersikap seolah-olah tidak mengenali rakannya apabila berselisih. Jemaah masjid yang sentiasa hadir bersama dalam solat juga mungkin tak pernah kenal siapa yang berdiri di sebelahnya.

عَنْ أَبِى هُرَيْرةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: حَقُّ اَلمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِم سِتٌّ، قِيْلَ: وَمَاهُنَّ يَا رَسُوْلُ الله؟ قَالَ: اِذاَ لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَاِذَا دَعَاكَ فَأجِبْهُ، وَاِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَاِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ، وَاِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَاِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
(رواه مسلم)

Maksudnya:
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan hak seorang Muslim untuk ditegur sapa. Dengan mengucapkan salam, ia bukan sekadar mendoakan kesejahteraan buat saudara tersebut. Bahkan ia akan berlanjutan kepada ucapan yang sesuai dengan wajah manis sehingga terjalin rasa kasih sayang dan kemesraan antara mereka.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap untuk bertegur sapa dengan orang lain. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
4

Kembalikan Semula Ke Tempat Asal

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 6:
Kembalikan Semula Ke Tempat Asal

Situasi:
Kita kadangkala terlepas pandang tentang kebiasaan menggunakan sesuatu barang bukan kepunyaan sendiri dan meninggalkannya sesuka hati sebaik saja kehendak diri tercapai.

Contohnya seperti dalam poster di atas, troli pasaraya yang dipinjamkan kepada kita dibiarkan di tepi jalan sebaik saja kita selesai mengangkut barang yang baru dibeli ke dalam kereta.

Ia juga berlaku dalam kehidupan seharian lain seperti di rumah dan pejabat. Ada yang terbiasa untuk tidak kembalikan barang yang digunakan ke tempat asal. Keadaan ini sering mengundang kesusahan orang lain yang ingin menggunakannya.

يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا
Maksudnya:
"Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan"
[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 69]

Hadis ini jelas mengajar kita untuk memudahkan dan tidak menyusahkan orang lain. Akibat sikap sambil lewa kita, ia boleh menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedari. Bukankah dengan memudahkan orang lain, kita juga mendapat ganjaran yang lebih baik?

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap untuk mengembalikan semula barang yang telah digunakan ke tempat asal. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
5

Lebih Baik Gunakan "TOLONG"

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 5:
Lebih Baik Gunakan "Tolong"

Situasi:
Dalam perhubungan sosial di pejabat atau pun di rumah, kita sering meminta orang lain membantu kita melaksanakan kerja-kerja tertentu. Bantuan kadangkala sukar diberikan apabila permintaan dibuat secara arahan dalam nada perintah. Ada juga yang membantu tapi dengan berat hati.

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:
“Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. ”
(Surah al-Hijr: 88) .

Syaikh Muhammad Al Amin Asy Syinqithi mengatakan,'Berendah dirilah' yang dimaksud dalam ayat ini hanya untuk mengungkapkan agar seseorang berlaku lemah lembut dan tawadhu' (rendah diri).

Sehubungan itu, dalam kita meminta bantuan orang lain rendahkanlah diri dengan menggunakan perkataan TOLONG agar orang itu terasa senang untuk memberi bantuan. Walaupun kita adalah pemimpin, perkataan TOLONG sangat bermakna dalam memberi rasa kebersamaan dalam membuat kerja kepada golongan yang dipimpin.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai penggunaan kata TOLONG dalam meminta bantuan orang lain cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
4

Please Mute or Turn Off Your Mobile Phone

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 4:
Please Mute or Turn Off Your Mobile Phone / Sila Matikan Bunyi atau Telefon Bimbit Anda

Situasi :
Sejak telefon bimbit dicipta, manusia menjadi semakin sibuk. Hatta dalam masjid pun, komunikasi dengan Tuhan Yang Maha Hebat boleh terganggu oleh bunyi-bunyian telefon bimbit yang beragam. Yang lebih menyakitkan ialah lagu rock, pop, dangdut atau petikan kata-kata lucu dan lucah dijadikan nada dering telefon bimbit.

من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Maksudnya:
"Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja" ( Riwyaat al-Bukhari , no 814 )

Hadis ini jelas melarang kita selaku makmum di masjid mengganggu makmum lain yang sedang mengerjakan solat dengan gangguan bau busuk mulut. Begitu jugalah dengan nada dering telefon bimbit. Ia bukan saja mengganggu makmum lain, bahkan ia pasti mengganggu si empunya telefon bimbit untuk menunaikan ibadah.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap si pemilik telefon bimbit yang tidak menghormati hak orang sekelilingnya mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more
0

Please Flush After Use

Please copy the code below and paste in your blog entry:

Poster 3:
Please Flush After Use/ Sila tarik flush selepas digunakan

Situasi:
Ramai yang tidak dapat menggunakan tandas awam apabila keadaan tandas sangat tak memuaskan. Bukan sahaja kebersihan tandas tak dijaga, terdapat juga pengguna yang tidak menarik flush tandas apabila najis dilepaskan. Ia seolah-olah menjadi tabiat buruk yang sangat membebankan orang lain.

Maksudnya:
“Takutlah tiga perkara yang menyebabkan pelakunya dilaknat iaitu membuang najis di jalan yang menuju sungai, di jalan raya dan di bawah pohon tempat perhentian”.

(Riwayat Abu Daud & Ibn Majah)

Berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa tempat-tempat yang dimaksudkan adalah tempat yang biasanya digunakan oleh orang ramai. Tandas awam khususnya seperti di masjid-masjid dan pasaraya juga digunakan oleh orang ramai.

Mengambil semangat daripada hadis ini iaitu untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lain, marilah sama-sama kita berusaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna seterusnya selepas kita dengan menarik flush agar tiada sisa yang menjijikkan terbiar.

Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap pengguna yang ti dak mahu menarik flush sehingga menyusahkan pengguna sesudahnya mengikut cara penulisan yang anda gemari. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.

[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]
Read more

Campaign button

Please copy and paste this code to your blog:

HTML scrollbox

Statistic

Free counter and web stats

Followers

Blog Archive

Chatbox

I Luv GPTD

1 Bulan 1 Adab Copyright © 2010 Templatemo | Converted into Blogger Template by BloggerTheme